Thursday, 19 December 2013

SAINSDAKWAH - KEHEBATAN SAYYIDATINA "FATIMAH AZ-ZAHRAH"


kehebatan Sayyidina fatimah Azzahra
Beliau merupakan anak ke-empat dari Rasulullah SAW, beliau di lahirkan pada hari jum'at bertepatan pada tanggal 20 jumadil akhir. Saat kelahiran putri Rasulullah bertepatan pada selesainya orang quraisy membina ka'bah. Kelahiran sayyidah fatimah mamberi kegembiraan pada rasulullah SAW. Baginda berkata pada Sayyidah Khodijah"wahai Khodijah, dia(Fatimah) adalah manusia yang di berkati dan sesungguhnya Allah SWT memberi keturunan darinya.


Kegembiraan Rasulullah bertambah lagi dengan kemiripannya dengan rasul yang memiliki kulit putih , bibir merah, dan rambutnya yang hitam. Menurut Ummul Mukminin RA,, saya tidak pernah melihat seorangpun dari ciptaan Allah manusia yang serupa ucapan dan perkataannya dengan Rasul selain Sayyidatina Fatimah az-Zahra,,

Sayyidatina Fatimah az-Zahrah memiliki banyak gelar: az-Zahra, as-Shadiqah, al-Batul, dan ummu abiha. Tetapi gelar yang dikaneli ialah az-Zahra karena gelar ini di berikan oleh ayahandanya sendiri yang bermaksud bunga bagi Rasullullah SAW karena memiliki kulit yang putih.

Diriwayatkan dari Jakfar bin muhammad bin Ali RA ; dari ayahnya berkata ; ' saya bertanya kepada Rasulullah tentang fatimah ...kenapa kamu menamakannya dengan fatimah...? '', baginda menjawab : '' karna jika dia berdiri di mihrabnya akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi "

SIFAT-SIFAT SAYYIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA

"BERSEDERHANA"
Umum mengetahui Sayyidatina Fatimah az-Zahra memiliki budi pekerti mulia karena beruntung sejak kecil diasuh dan dididik dengan ahlak mulia oleh ibu bapaknya yakni Rasulullah dan Sayyidah Khadijah bin Khuwailid. Sayyidah Fatimah merupakan seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup ini dapat dilihat semasa keperitan hidup yang dilalui yang mana mengunggulkan konsep kesederhanaan walaupun beliau putri Rasulullah SAW serta tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kepentingan pribadi.

"TAAT AGAMA dan SUAMI"
Beliau juga seorang yang taat agama dan suami. Beliau senantiasa menjaga maruah sebagai istri, membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti serta tidak pernah ingkar suruhan suami, serta menyongkong perjuangan dakwah suaminya yaitu Sayyidina Ali RA.

"PEMURAH"
Fatimah juga memiliki sifat pemurah dan bertanggung jawab serta mempunyai jihad yang tinggi. Sifat pemurah Sayyidatina Fatimah dapat dilihat menerusi peristiwa kadatangan Salman yang kelaparan datang kerumahnnya untuk meminta makan, ketika itu walaupun Sayyidah Fatimah tidak memiliki apa-apa  untuk dimakan, beliau memberikan tudungnya kepada Salman agar ditukar dengan jagung milik Shamoon. Seorang Yahudi yang mana akhirnya masuk islam.

"SANGGUP BERKORBAN"
Selain itu juga Sayyidatina Fatimah banyak membantu Rasul dalam menegakkan agama islam. Beliau juga sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama islam yang dibawa oleh ayahnya dan pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar. Sifat beliau yang lebih mengutamakan keprluan orang lain dibanding dengan keperluan sendiri. Ini harus diteladani oleh kaum muslimat hari ini.

"IBU MITHALI''
Hasil perkawinan dengan Sayyidina Ali RA, mereka dikaruniai enam orang anak yaitu Hasan, Hussain, Zaynab, Ummu Khulsum dan Ruqoyyah. Sayyidah Fatimah juga berjaya menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak mereka yang mana tidak pernah membantah sayyidatina Fatimah. Hasil didikan sempuran melayakan al-Hasan, al-Hussain dipilih menjadi Sayyidan dan Syaba ahli jannah manakala Zaynab pula menjadikan majlis pengajian khusus untuk wanita (ahli sastra islam).

Sayyidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan selepas wafatnya Rasulullah SAW ketika beliau berumur 28 tahun dan dikubur oleh suaminya tercinta di Janat UII Baqih,Madinah. Sebelum wafat, beliau mempunyai 3 wasiat,,pertama supaya suaminya menikah dengan Amamah al-Ash bin Rabi' yang merupakan anak saudaranya Zainab RA.

Berkata Sayyidatina Fatimah
"Sesungguhnya dia akan menjadi ibu bagi anak-anakku seperti diriku dalam hal kasih sayang yang ada padaku dan juga kecintaan yang ada padaku"

Kedua, membuat keranda untuknya yang berbentuk tempat tidur yang diikat dengan pelepah kurma yang menjadi pegangan untuk tempat tidur(berbentuk seperti keranda) dan dia ditutupi dengan kain.

Ketiga, meminta suaminya menguburkannya di waktu malam di Baqih.

Kehebatan Sayyidah Fatimah az-Zahra harus kita contohi melalui sifat kepribadiannya yang unggul dan hebat. Sekiranya kaum muslimat sama seorang anak, istri, dan ibu dapat meniru dan meneladani sifat-sifat ini dapat menjalani kehidupan yang di ridhoi serta mendapat kebahagiaan.




BY: AMILATUR ROHMAH PUTRI FANI
KPI smt 1  

0 comments:

Post a Comment

Baca Juga